Sunday, 17 February 2013

Pinjaman 70% Kelayakan & 2 Fasa Pembayaran

Konsep skim pinjaman baru


Skim pinjaman dengan pengiraan had kelayakan 70% dan 2 fasa pembayaran balik adalah skim inovatif daripada MBSB yang memberi manfaat besar kepada penjawat kerajaan.
Garis panduan potongan dalam slip gaji adalah jumah potongan dalam slip gaji tidak boleh melebihi 60% daripada jumlah pendapatan. Maknanya jika jumlah gaji tetap anda adalah RM2,000, jumlah potongan di slip gaji  anda, biasanya disebelah kana slip gaji, tidak boleh melebihi RM 1,200. Atau jumlah gaji bersih anda (jumlah gaji tetap – jumlah potongan) mesti dalam lingkunan RM 800 dan keatas.  


Skim terbaru: Pinjaman RHB 3.60%

Semak Kelayakan MBSB Disini 

Jika jumlah gaji tetap (gaji pokok + elaun) adalah RM1,000. Maknnya hanya RM600 (RM1000 x 60%) yang boleh dipakai untuk potongan melalui biroangkasa. Anda boleh guna RM600 untuk memohon pinjaman, Tabungan Haji, Insurance dan lain-lain. Garis panduan adalah jumlah potongan anda tidak boleh melebihi RM600 atau 60% daripada jumlah gaji tetap anda. Jika jumlah gaji tetap anda adalah RM5,000, anda boleh guna RM3,000 (RM5,000 x 60%) sebagai potongan dalam slip gaji anda.

MBSB telah rekabentuk cara yang baru di mana anda boleh memohon jumlah pinjaman sehingga 70% daripada pendapatan tetap anda, tetapi jumlah potongan dalam slip gaji adalah tetap  mengekalkan pada 60%.

Ambil contoh jumlah gaji tetap anda (gaji pokok + elaun tetap) adalah RM2,000. Anda ingin dapatkan maksimal pinjaman daripada MBSB dengan kadar keuntungan 3.99% tetap. Tempoh pembayaran adalah 25 tahun.

Had Kelayakan 60%
  • Ansuran RM1,200
  • Jumlah pinjaman RM180,000

Had Kelayakan 70%
  • Ansuran RM 1,400
  • Jumlah pinjaman RM210,000

Jika anda hanya minat dengan pinjaman RM180,000. Jumlah potongan di slip gaji akan menjadi RM1,200. 

Tetapi jika anda minat dengan jumlah pinjaman RM210,000 dengan ansuran RM1,400,
macam-mana dengan potongan di slip gaji anda ? Sebab tidak mungkin jumlah potongan dalam slip gaji anda boleh melebihi RM1,200 atau 60% !

Jawapan adalah Dua Fasa Pembayaran

Untuk berlayak maksimal pinjaman dengan had kelayakan 70% daripada gaji total anda. Anda diwajibkan bayar balik RM1,200 setiap bulan pada lima tahun pertama, dan seterusnya dangan ansuran RM1,400. Pembayaran balik anda akan dibagikan 2 fasa.

  1. Fasa 1. Bulan 1 hingga bulan 60. Ansuran bulanan adalah  RM1,200 (60% daripada gaji tetap sekarang)
  2. Fasa 2. Bulan 61 hingga bulan 300. Ansuran bulanan adalah RM 1,400 (70% daripada gaji sekarang)

Maknanya pada 5 tahun pertama, potongan untuk mengambil pinjaman RM210,000 adalah RM1,200. Dan potongan mulai dari tahun ke-6 dan seterusnya akan menjadi RM1,400. Ini adalah satu cara yang bijak untuk memaksimumkan jumlah pinjaman anda dengan kadar faedah semasa sekarang @ 3.99%.

Khas untuk penjawat kerajaan Malaysia, setiap tahun akan ada kenaikan gaji (gaji pokoko & elaun) dalam lingkunan 10%. Jika gaji anda masa ini adalah RM2,000, pada tahun ke-enam, jumlah gaji anda kira-kira akan naik ke RM3,600. Potongan RM1,400 yang akan mulai pada tahun ke-6 hanya akan menanggung 39% (1,400/3,600) daripada jumlah pendapatan anda pada ketika itu, jadi jumlah potongan anda tetap dibawah garis 60% pada tahun ke-enam.

Dengan kata lain, jika ada perlu, anda dapat ambil sebahagian gaji daripada tahun ke-enam (dalam kes ini, RM200) untuk buat pinjaman sekarang, dengan kadar faedah yang cukup rendah, iaitu 3.99%. Anda boleh mendapatkan tambahan tiga puluh ribu ringgit wang tunai, dengan kadar faedah masa ini, iaitu 3.99%, dan anda hanya kena bayar tambahan potongan RM200 mulai pada tahun ke-enam. Disini kami perlu menjelaskan bahawa kami sedikit tidak mempromosikan pinjaman kelebihan, kami hanya buat penjelesan konsep 70% kelayakan dan 2 fasa pembayaran untuk memaksimumkan jumlah pinjaman anda.

Banyak juga staf kerajaan ambil manfaat skim pembayaran ini untuk tujuan investasi, seperti beli tanah, rumah atau investasi di Amanah Saham. Kita ambil contoh kes dari atas, tambah RM200 yang anda kena bayar mulai pada tahun itu, akan mendapatkan anda tambahan pinjaman RM30,000. Jika anda investasikan RM30,000 dalam Amanah Saham yang purata menghasilkan anda 8% setahun, dimana anda hanya dikena bayaran ansuran RM1,400 dengan kadar faedah 3.99% mulai pada tahun ke-enama, anda akan dapat untung 8% penuh pada 5 tahun pertama, dan seterusnya dapat 4% untung seterusnya. Pinjaman yang anda ambil dijuga dilindungi takaful. Jika ada perlu, anda dapat keluarkan wang bila-bila masa.

Dengan kadar inflasi tahunan kira-kira 12%, pinjaman 3.99% adalah kadar yang cukup rendah. Dengan konsep 70% kelayakan & 2 fasa pembayaran balik, anda dapat memohon jumlah pinjaman yang maksimal, dengan kadar faedah semasa yang cukup rendah. Mudah mudahan apa yang kami tulis dalam ruangan ini cukup jelas dan membantu anda paham tentang konsep skim pinjaman baru daripada MBSB dan anda juga dapat secara bijkasana guna konsep ini untuk menambah nilai harta anda dengan investment yang ‘legitimate’ dan menguntungkan. Sekian. Terima kasih. 

MBSB = Kadar keuntungan Rendah + 70% Kelayakan + 2 Fasa Pembayaran