Thursday, 21 February 2013

MBSB

Pinjaman peribadi daripada MBSB

Skim pinjaman peribadi daripada MBSB merupakan salah satu pakej pinjaman yang amat popular antara 1.4 juta kakitangan kerajaan yang  bertugas di pelbagai kementerian dan badan berkanun di Malaysia.
Kami menyediakan artikel untuk memperkenalkan MBSB kepada anda yang belum pernah berurusan dengan MBSB sebelum ini. Banyak kakitangan kerajaan datang ke kami untuk bertanya tentang kelayakan pinjaman mereka tanpa mengetahui apa-apa mengenai latar belakang MBSB. Mungkin mereka telah mendengar tentang MBSB daripada rakan-rakan, atau mereka mempunyai rakan-rakan yang pernah memohon pinjaman daripada MBSB, atau mereka telah membaca tentang MBSB dari forum atau blog melalui internet. 
Tujuan utama kami untuk menulis artikel ini adalah untuk memberi anda gambaran keseluruhan tentang MBSB, dan kami berharap anda kemudiannya boleh memutuskan sama ada MBSB adalah sesuai untuk anda sebagai pembekal pinjaman peribadi untuk anda.

MBSB adalah anak syarikat KWSP dan pembiayaannya  adalah daripada KWSP. MBSB adalah sebuah syarikat finansial  yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia, MBSB (1171). Berdasarkan prestasi kewangan yang baik, penilaian yang menarik & pandangan teknikal yang positif, MBSB  telah diberikan nilai sabagai saham yang baik untuk pelaburan jangka panjang.

Mengapa MBSB begitu terkenal di kalangan kakitangan kerajaan Malaysia ? Disini kami akan cuba memberikan faktor umum yang paling menarik tentang MBSB sebagai pembekal pinjaman peribadi tanpa membincangkan butiran teknikal yang terlalu banyak.

Kelebihan MBSB

Terdapat 4 faktor utama yang telah membuat MBSB sebagai salah satu pembekal pinjaman peribadi yang paling popular di Malaysia.

1. Kadar faedah yang kompetitif

Kita semua bersetuju bahawa kadar faedah yang lebih rendah adalah satu perkara yang baik dalam pembiayaan peribadi. Produk dengan kadar faedah yang rendah akan mengurangkan bebanan kewangan kepada peminjam. Pakej pembiayaan dengan kadar faedah 10% setahun adalah dua kali ganda lebih mahal daripada pembiayaan  hanya dengan kadar faedah 5%. Ia adalah ditunjukkan dalam ansuran bulanan yang  peminjam komited untuk membayar setiap bulan.

MBSB dapat menyediakan kadar faedah pinjaman peribadi yang rendah untuk kakitangan kerajaan. Malah, MBSB adalah enjin utama yang memandu menurunkan kadar faedah dalam industri pembiayaan peribadi untuk kakitangan kerajaan. 

Sebelum MBSB mula menawarkan kadar faedah 4.90% pada tahun 2010, kadar faedah purata adalah 8% kepada 12% pertahun. Sejak MBSB mengubah strategi pemasaran dengan menyediakan pakej pinjaman peribadi fengan  kadar faedah yang rendah, pelbagai institusi kewangan telah juga mengikuti MBSB dan menawarkan kadar faedah yang lumayan rendah kepada kakitangan kerajaan juga. 

Pada awal tahun 2012, MBSB telah memberikan satu kejutan besar dengan menawarkan pakej pembiayaan peribadi dengan kadar faedah 3.99 setahun. Puluhan ribu kakitangan kerajaan daripada seluruh kawasan Malaysia menyambut pakej 3.99% dengan baik dan pada akhir tahun 2012, MBSB telah menawarkan jumlah pembiayaan peribadi  senilai RM8 bilion kepada kakitangan kerajaan.

2. Tempoh pembayaran balik sehingga 25 tahun

Anda dapat menyebarkan pembayaran balik anda sehingga maksimum 25 tahun. Dengan jumlah pembiayaan RM100,000, ansuran untuk pembayaran balik dalam 10 tahun adalah RM1,176. Dan ansuran untuk pembayaran balik dalam 25 tahun adalah RM666.

 Ia adalah benar bahawa kita semua mahu membayar balik pinjaman dalam masa yang sesingkat mungkin, bagaimanapun tempoh pembayaran balik yang singkat mungkin akan membebankan kewangan anda kerana ansuran lebih tinggi. 

Sama seperti membeli rumah, biasanya kita mahu menyebarkan pembayaran seberapa lama yang boleh.  Dengan kadar faedah yang rendah 3.99% daripada MBSB, kita kini boleh memilih untuk menyebarkan pembayaran balik ke maksimum 25 tahun, supaya kita mempunyai  tambahan untuk merancang perkara-perkara lain atau boleh menyimpan untuk menghadapi kecemasan.

3. Pembayaran bersih yang tinggi

MBSB memberikan 97% pembayaran bersih kepada para peminjam.  Jika anda memohon RM100,000, pembayaran bersih adalah RM97,000. Sebelum MBSB, pembayaran bersih (daripada koperasi-koperasi) kepada para peminjam adalah 80%.

4. Had pengiraanhingga 70% dengan  2 fasa pembayaranbalik

Anda dapat memilih untuk memaksimalkan jumlah pembiayaan anda dengan had pengiraan kelayakan anda hingga 70% daripada jumlah pendapatan anda. Pembayaran balik akan dilakukan melalui fasa1 dan fasa 2. Anda dapat membaca  tentang konsep itu disini. Konsep 70% kelayakan dengan 2 fasa pembayaran balik ada cara inovatif daripada MBSB untuk memaksimalkan jumlah pembiayaan anda dengan kadar faedah semasa ini. Anda dapat guna sebahagian gaji ada daripada tahun ke-6 untuk memohon pinjaman dengan kadar faedah semasa ini. Dengan kadar inflasi kira-kira 12% - 15% pertahun, jika kadar faedah untuk pinjaman peribadi pada masa ini adalah 3.99%, kadar faedah untuk pinjaman peribadi mungkin akan naik ke 6.2% pertahun pada tahun ke-6. Penjawat kerajaan biasanya akan mendapat kenaikan gaji dan elaun setiap tahun.  Jika gaji anda sekarang adalah RM3,000, kemungkinan ia akan naik menjadi RM5,400 pada tahun ke-6 dari sekarang. Dengan konsep 70% kelayakan dan 2 fasa pemabayran, anda dapat guna RM300 (10% daripada jumlah pendapatan masa ini) untuk membuat pinjaman tambahan dengan kadar faedah 3.99%. Anda hanya dikenakan bayaran balik RM300 mulai pada tahun ke-6. Dan pada tahun ke-6, gaji anda mungkin sudah naik ke RM5,400. Tambahan RM300 perbulan tidak akan terlalu membebankan kewangan anda, dan anda dapat memohon pinjaman tambahan dengan kadar faedah masa ini (3.99%) dan hanya perlu bayar balik pada bukan  ke-61 atau tahun ke-6.

Kelemahan MBSB

kita telah menyebut tentang perkara yang baik mengenai MBSB, bagaimana tentang perkara yang lemah tentang MBSB? Apakah pakej pembiayaan peribadi daripada MBSB benar-benar sesuai untuk semua orang? Sekarang kita perlu beralih kepada isu tentang  masa kelulusan atau "turn-around time"!

Tidak seperti bank-bank yang mempunyai banyak cawangan yang tersebar di semua bahagian Malaysia, semua proses kelulusan dan kewangan MBSB adalah terletak di HQ MBSB di Damansara Height Kuala Lumpur. Ini bermakna semua permohonan akan diproses untuk mendapatkan kelulusan di HQ MBSB. 

Dengan jumlah permohonan yang amat banyak semasa musim puncak permohonan pinjaman MBSB daripada kakitangan kerajaan daripada seluruh kawasan Malaysia, masa penungguan kelulusan mungkin perlu ambil masa 12-20 hari bekerja.  Ini adalah kerana MBSB beroperasi pada asas “first come first serve”. Masa penungguan kelulusan adalah amat bergantung jumlah permohonan yang dihadapan anda. Jika terdapat 5 ribu permohonan di hadapan anda, anda perlu menunggu semua 5 ribu selesai diproses sebelum ia adalah giliran anda ! 

Setiap kelulusan permohonan pinjaman MBSB  terlibat proses sperti data key-in, checking dokumen, semak kelayakan, semak slip gaji, pengesahan majikan, checking ctos dan lain-lain. Jika ada masalah atau kesilapan dengan salah satu proses tersebut diatas, permohonan anda akan sementara dipending ! 

Oleh itu ia adalah penting untuk mengingatkan kakitangan yang mengurus permohonan anda untuk sentiasa  checking system semak status supaya  jika ada masalah yang berkaitan dengan permohonan anda, anda dapat segera membetulkannya, supaya permohonan anda dapat dilanjutkan. 

Bagaimanapun, sila bersedia untuk menunggu selama 12-20 hari bekerja sebelum permohonan anda akan diluluskan.

Ringkasa

MBSB telah menawarkan pakej pinjaman peribadi dengan kadar faedah yang kompetitif, pembayaran bersih yang lumayan tinggi, tempoh pembayaran balik sehingga 25 tahun, dan anda juga memaksimalkan jumlah pinjaman dengan konsep ‘70% kelayakan & 2 fasa pembayaran’.  Dengan jumlah pinjaman yang sama, anda kena bayar lebih murah jika banding dengan bank-bank atau koperasi-koperasi yang dipasaran.

Tetapi masa penungguan kelulusan MBSB akan ambil masa kira-kira 12-20 hari bekerja. Bermakna MBSB amat sesuai untuk perencana kewangan seperti beli tanah, rumah atau projek-projek investasi yang tidak melibatkan anda mengeluarkan tunai dengan segera. MBSB tidak sesuai untuk anda yang memerlukan tunai secara kecemasan seperti biaya pengobatan.

Kami harap artikel diruangan anda telah memberikan anda gambaran tentang pinjaman peribadi daripada MBSB. Dan anda selalu mengurus kewangan anda dengan baik dan anda hanya meminjam kerana ada keperluan dan bukan kerana kemahuan. Kesihatan kewangan adalah factor yang amat penting dalam kebahagian peribadi dan keluarga kita. Sekian. Terima kasih.